Kulit yang tersiat
Nampak luka merah saga
Belumpun kering tersejat
Kau tumpahkan busa durjana
Gaul cairan pekat darah
Sakitnya amat
Jerit pekik melolong
Tahan azab cukup agung bukan bohong
Rasai realiti
Tapi
Tak seazab sakit rindu ini
Wednesday, 16 November 2011
Monday, 14 November 2011
Lemas
Cemas bawa lemas.
Hati tenggelam, direndam dalam lautan cinta luas
Mana dan siapa yang mampu berenang pantas
Selamatkan hati yang semakin merasa nikmat puas
Puas dalam lemas
Hati tenggelam, direndam dalam lautan cinta luas
Mana dan siapa yang mampu berenang pantas
Selamatkan hati yang semakin merasa nikmat puas
Puas dalam lemas
Tuesday, 1 November 2011
Teknik Membidas (1)
Fakta Dibidas Dengan Fakta
Ini teknik paling atas dalam senarai teknik membidas. Fakta yang salah dibetulkan dengan fakta yang tepat. Fakta yang kelihatan tepat dibetulkan dengan fakta yang LEBIH tepat. Anda hanya akan mampu melakukan teknik bidasan ini apabila menjadikan minat dan hobi membaca ibarat tindakan bernafas. Tidak boleh tidak, mesti! Setiap hari!
Sesuatu hujah akan terlalu mudah untuk dibidas andai kita tahu isu tersebut. Namun, untuk menjadi seseorang yang outstanding ketika membidas, tidak cukup dengan hanya tahu, kita perlu memahami dan menghadam isu itu dan untuk mencapai level ini, kita harus memahami susur galur sesuatu isu. Maknanya soal sebab dan akibat, sejarah dan perjalanan cerita perlu dikuasai ibarat susunan cerita semua isu sudah ada di dada. Disoal sahaja dan anda akan mampu buka dan tutup cerita tanpa ragu dan curiga.
Apabila membaca, cubalah menguasai semua perkara. Fokuskan dengan sesuatu yang di luar bidang anda. Contohnya, jika anda pelajar bidang pendidikan yang seharusnya mahir dan sudah menguasai perihal pendidikan dalam dan luar negara, eloklah untuk membaca dan menguasai bidang-bidang lain pula.
Namun. dalam sesetengah keadaan, anda tidak semestinya perlu menguasai sesuatu isu secara terlalu rinci hingga ingin menghafal setiap angka dan figura secara tepat. Kadang-kadang pengetahuan kita bersifat agak umum tetapi tetap akan membantu dalam membidas.
Contohnya, andai pihak lawan cuba menunjukkan kelemahan Malaysia dalam menguasai sukan F1, dengan mengemukakan hujah pemandu negara hanya berjaya berada di petak 64 ketika perlumbaan mula berlangsung. Bidaslah dan hiperbolakan kesilapan itu untuk menunjukkan si pengucap sebagai 'jahil' dan jauh tersilap. Anda mungkin tidak tahu di petak mana pemandu kita berada. Cukup untuk mengetahui, dalam satu perlumbaan F1, jumlah kereta paling banyak yang akan berada di atas litar (pusingan awal) hanyalah 24!
Saturday, 29 October 2011
Ketakutan Berdepan Pasukan Handal
Benar, dalam apa jua bidang yang anda ceburi, pasti akan ada tanggapan tentang siapa pasukan yang paling handal atau hebat yang sukar untuk dikalahkan. Debat juga tidak terkecuali. Saya percaya, setiap pendebat yang melalui zaman berbeza akan memilih universiti berbeza sebagai pasukan yang mereka anggap sebagai bagus dan layak digelar lagenda. Namun, jangan kerana mengangkat sesetengah pasukan sebagai hebat atau meletakkan kepercayaan bahawa mereka adalah pasukan yang lebih baik, anda menjadi manusia dan pasukan yang cepat mengalah dan merasa takut untuk berdepan mereka. Saya ingin berkongsi tips bagaimana menghadapi pasukan yang anda rasakan handal dan jauh lebih baik daripada anda.
Sebelum itu, kita saksikan video muzik terbaru daripada penyanyi yang dianggap paling hebat di Malaysia. Sila saksikan sehingga tamat.
Kita mungkin merasakan video muzik ini sebagai hebat dan terbaik kerana penyanyinya. Dikenali, dihormati dan disegani. Mari kita cari kelemahannya.
0.31 Salah seorang penari menjatuhkan topinya secara tak sengaja. Dalam konteks antarabangsa, kesilapan sebegini sudah dikira mencacatkan video muzik. (Budaya Malaysia, tak apalah, sikit saja..)
1.23 hingga 1.34 Perhatikan 2 orang penari wanita yang berbaju kuning (dengan outer hitam) dan yang berbaju putih (plain). (Kedua-duanya gagal synchronize kan tarian mereka dengan yang lain)
1.53 Siti Nurhaliza melajukan langkah (seolah-olah mengejar fokus kamera, planning yang gagal )
2.27 Lihat seorang penari wanita bertudung, yang menggalas handbag di bahu kanannya. (Tengok sampai habis dia menari, ini part paling seronok.hehe)
2.36 hingga ke akhirnya. fokus kamera hanya untuk beberapa baris sahaja yang berada di depan. Sedangkan tujuan sebenar penceritaan video adalah untuk menunjukkan betapa ramai yang turut menari bersama. (Kita boleh anggap, hanya penari sebenar yang difokuskan, bukan peminat yang dijemput menari..)
3.07 Penari sama (yang menjatuhkan topinya) mengubah arah laluan secara tiba-tiba yang membawa maksud bahawa dia memang sedang dirakam dan menjadikan semuanya sebagai tidak real.
Saya bukan sengaja meletakkan video ini sebagai santapan mata anda. Di sini anda boleh belajar beberapa perkara.
- Mula-mula, buang tanggapan wujudnya pasukan yang handal dan tidak boleh dikalahkan.
- Sedarlah, walaupun sesebuah pasukan debat itu dikatakan hebat dan handal, mereka tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. (Tiada pasukan yang sempurna)
- Kekuatan sesebuah pasukan boleh jadi terletak pada seorang anchornya. (Siti Nurhaliza). Tapi ahli pasukan yang lain boleh menjadi liabiliti dan berdepan risiko besar melakukan kesilapan. (Para penari)
- Selidik dan analisis kesilapan ahli pasukan yang bersifat liabiliti. Namun jika berjaya menunjukkan kelemahan anchor, itu bonus. Apatah lagi jika anda berjaya twist keadaan untuk menampakkan yang dialah paling lemah dalam pasukan kerana..
- Anchor juga tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.
- Kadang-kadang kita melihat sesuatu kesilapan sebagai kecil, tapi itulah yang boleh menjadi peluru paling ampuh untuk menjatuhkan musuh.
- Kehebatan untuk menggunakan seni hiperbola (exaggerating things) amat diperlukan untuk menampakkan sesuatu kesilapan sebagai tidak boleh diterima dan dimaafkan.
- Kesilapan (yang kononnya kecil) boleh di expand untuk dijadikan asas serangan secara berterusan.
- Jangan takjub dengan seni persembahan lawan, anda akan terleka dan terlupa untuk mencari kesilapan. Sedangkan itulah tugas hakiki dalam perdebatan.
Friday, 28 October 2011
Due to what
Due to what
that makes you love me
Am I your destiny?
Due to what
that makes you in agony
Because I have no money?
Due to what
that makes you feel lousy
Because I don't bring lucky?
Due to what
will you take me as me
When what you want is all free?
Due to what
will you truly appreciate me
When I'm gone from reality?
Due to what
may happen tomorrow or the day after
I promise you in the name of the only God
that I will love you better,
and better
that makes you love me
Am I your destiny?
Due to what
that makes you in agony
Because I have no money?
Due to what
that makes you feel lousy
Because I don't bring lucky?
Due to what
will you take me as me
When what you want is all free?
Due to what
will you truly appreciate me
When I'm gone from reality?
Due to what
may happen tomorrow or the day after
I promise you in the name of the only God
that I will love you better,
and better
Subscribe to:
Posts (Atom)